hari ni aku taknak jual barang..seperti semua orang maklum,13 may merupakan tarikh yang takkan kita semua sampai bila bila bagi kita rakyat Malaysia.tapi bukan pasal tu yang aku nak kata..aku cuma tak boleh nak lupa ialah 13 may 2011 dimana game semi final piala fa 1st leg antara Selangor vs Kelantan kat shah alam hari jumaat hari tu (bersamaan 13 may 2011) yang berkesudahan pasukan GERGASI MERAH.tumbang di tusuk oleh PAHLAWAN MERAH dengan keadaan yang sangat memalukan..1-5 adalah jumlah jaringan yang agak besar nak di kirakan dengan game yang boleh dianggap game tumpuan.
Aku tak lah "declare" yang aku ni DIE HARD FAN sebab ada juga game yang aku terlepas (kalau kena keja outstation dengan away game yang jauh lah).tapi kalau game home di Shah Alam rasanya aku tak pernah tinggal lagi ke stadium walaupun aku tak masuk mana mana kumpulan penyokong yang ada kat malaysia ni..jadi aku rasa tak salah aku juga rasa hampa dengan kekalahan yang paling buruk dalam musim ni..
Yang tambah menyedihkan lagi pada 13 may 2011 hari tu adalah seorang hamba ALLAH kat sebelah aku yang tak henti henti memaki hamun pemain selangor..mula mula aku ingat yang aku tersalah duduk..mungkin aku duduk di tempat penyokong lawan..tapi bila aku toleh di sekeliling ternyata benar yang aku di tempat penyokong selangor..aku lihat hamba ALLAH itu juga memakai jersey pasukan selangor..jadi kenapa perlu maki hamun pemain kesayangan kita seolah olah pemain itu bermain untuk pasukan lawan?adakah bila menang sahaja baru nak kata "ya aku true fan selangor"?tapi bila kalah "ah tah apa apa lah selangor main.lepas ni baik aku sokong team lain" atau "baik aku layan EPL,LA LIGA,dan sebagainya" atau "Baik rm15 tu aku pergi makan ke atau buat benda lain lagi baik dari datang sini"atau "nasib aku tak pergi stadium tadi,kalau tak bazir rm15.baik layan Maharaja Lawak.lagi best"..ni lah dia namanya "penyokong setia".
Disebab kan ini lah pemain kita di keji.
(Kredit to:Fad).
(Kredit to:Fad).
senyum..tak perlu kata apa apa..walaupun kalah tapi masih mampu tersenyum
(kredit to:Ayu Halim)
bukan dengan cara membaling objek dan mengeji pemain dengan kata kata yang tak sedap di dengar.bayangkan kalau anda seorang pemain dan anda dikeji sedemikian rupa.apa anda rasa?sakit hati kan...
Jadi kesimpulannya 13 may 2011 merupakan tarikh yang patutkan kita lupakan sebab 13 may ni bukan tarikh yang best untuk kita kenang.13 may 2011 Selangor tewas 1-5 kepada kelantan.Jadi,pengajaran yang kita dapat pada perlawanan tempoh hari ialah jangan kita caci pasukan kesayangan kita kerana kekalahan yang mereka alami.menang kalah adat pemainan..kecewa? ya..memang kita semua kecewa.aku percaya yang pemain dan juga seluruh kem selangor juga kecewa tapi tak perlu lah nak maki hamun ke tahap yang maximum.ada adik adik yang masih kecil di stadium..mungkin itu contoh yang kurang baik untuk mereka..
jadi lupakan apa yang berlaku,kita mesti pandang ke depan.ada 90minit lagi di Kota Bharu.walaupun mustahil tapi mungkin keajaiban akan berlaku di sana..jadi teruskan menyokong pasukan GERGASI MERAH kita.sebab tanpa kita mungkin selangor tidak di tahap ini..kalau kita gagal ke final Piala FA takpe..anggap je takde rezeki.kita masih ada Liga Super & Piala Malaysia yang boleh kita julang..maaf kalau aku ada tersilap kata ke apa ye..aku cuma luahkan apa yang aku rasa dan itu cuma pendapat aku..assalammualaikum
INGAT SIAPA LAGI NAK SUPPORT KALAU BUKAN KITA kan...