Wednesday 13 July 2011

"Sokongan Zaman Berzaman"

Hello...berabuk dah rasanya blog ni sebab tak update....hehehe....ok hari ni aku nak cerita pasal sokongan zaman berzaman kat pasukan kesayangan kita HARIMAU MALAYA.semalam (13hb julai 2011) aku pergilah stadium keramat HARIMAU MALAYA tak lain tak bukan STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL (SNBJ).saja je nak tengok perlawanan persembahan antara HARIMAU MALAYA vs Arsenal.kenapa aku panggil perlawanan persembahan,sebab tak menaikkan rangking fifa untuk negara kita & pasukan lawan akan hanya bermain suka suka je..kesudahan game ni rasanya semua orang dah tau.HARIMAU MALAYA tumbang 0-4 di tangan Arsenal.tapi bukan kekalahan tu yang aku sedihkan..cuma yang aku sedih semalam pasal penyokong rakyat ENGLAND yang memegang kad pengenalan BIRU.

Aku tak kisah sangat dengan lautan merah tu sebab dah agak dah yang akan jadi macam tu punya..yang aku kesahkan bila pemain pertahanan kita AIDIL ZAFUAN ABD RAZAK kena booo...dia tu rakyat MALAYSIA.gol freekick dia masa kat taiwan pun masih segar dalam kepala, semalam kena booo dengan penyokong yang sama puji dia masa dia score hari tu (tak semua lah)...apa dah jadi dengan rakyat MALAYSIA ni?hanya sebab pasukan yang belum tentu heran pun dengan sokongan korang ni main korang sanggup nak caci pahlawan kita sendiri?korang sedar tak yang mental player semalam koyak disebab kan benda tu?kita main digelanggang kita tapi rasanya tak ubah macam kita main di Stadium Emirates semalam.  inilah sokongan zaman berzaman yang ditunjukkan segelintir rakyat ENGLAND yang menetap di MALAYSIA.

Kat sini aku nak ucapkan tahniah kat ULTRAS MALAYA kerana dioranglah sebenarnya PEMAIN KE 12 MALAYSIA!!sokongan yang ultras di bagi tak berbelah bagi.biar lah orang nak kutuk diorang ni penghibur ke,tak tengok bola ke apa bala ke tapi diorang tetap dengan pendirian diorang iaitu sokongan tidak berbelah bagi..aku berani gerenti yang ada segelintir dari diorang juga merupakan peminat pasukan Arsenal.tapi demi pasukan Kebangsaan mereka sanggup korban apa juga.ada korang nampak ultras semalam?takde kan?apa jadi dengan stadium semalam?meriah tak?tak kan?aku bukan ahli ULTRAS MALAYA & aku tak kenal sesiapa pun kat situ tapi bila aku ke stadium aku selalu perhatikan diorang ni...uniknya pasal diorang ni bila perlawanan liga super mereka akan sokong pasukan masing masing tapi bila HARIMAU MALAYA. TAHNIAH ULTRAS MALAYA bertarung semua akan bersatu untuk sokong pasukan negara.walaupun pasukan negara ketinggalan atau sebagainya mereka takkan maki hamun ataupun booo pemain.malah diorang ni bagi lagi semangat..itu yang kita cari...bukan macam semalam...koranglah true pemain ke 12 HARIMAU MALAYA.

                                                                Credit to Ultras Malaya.



 28hb JULAI 2011 ni pasukan TANAH TUMPAHNYA DARAHKU sekali lagi akan bertarung di SNBJ.tapi ni adalah perlawanan penting.masa ni rakyat ENGLAND yang memegang kad pengenalan biru akan bersorak,memakai baju warna kuning/biru dan akan mengaku rakyat Malaysia.apatah lagi kalau HARIMAU MALAYA layak ke peringkat kumpulan kelayakkan piala dunia.katakanlah kalau AIDIL score lagi masa tu.pujian,sorakkan & apa segala yang baik baik semuanya akan kedengaran dari rakyat ENGLAND ni...mereka akan lupa apa yang terjadi pada tanggal 13 julai 2011 di STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL..apa pun tahniah kepada penyokong MALAYSIA yang datang dengan jersey kebanggaan kita dan sokongan yang padu pada pasukan kita.

Kepada rakyat ENGLAND yang memegang kad pengenalan BIRU,ada 2 game lagi..Liverpool & Chelsea..kalau betul anda sayangkan kelab kelahiran anda ni tolong jangan booo pahlawan kami..ye memang kelab kelahiran korang handal..hanya main suka suka je lawan HARIMAU MALAYA tapi pahlawan kami ada maruah..ingat tu..aku selalu dengar ultras nyanyi lagu ni dan aku rasa aku suka lagu ni dan aku nak petik sikit lagu ni untuk korang fahamkan....

TAK PEDULI APA ORANG NAK KATA
TAK PEDULI WALAU BUKAN JUARA
KAMI BANGGA JADI ANAK MALAYSIA
KAMI RELA MATI PERTAHANKANNYA.
(sorry kalau ada salah lirik ye..sebab aku selalu dengar mcm nilah ultras nyanyi)

maaf kalau ada yang terasa tapi aku cuma bagi pendapat bagi pihak aku..jadi fikir fikirkanlah ye..
akhir kata dari aku SIAPA LAGI NAK SUPPORT KALAU BUKAN KITA kan... =)

Saturday 14 May 2011

TRUE FANS

Assalammualaikum...

hari ni aku taknak jual barang..seperti semua orang maklum,13 may merupakan tarikh yang takkan kita semua sampai bila bila bagi kita rakyat Malaysia.tapi bukan pasal tu yang aku nak kata..aku cuma tak boleh nak lupa ialah 13 may 2011 dimana  game semi final piala fa 1st leg antara Selangor vs Kelantan kat shah alam hari jumaat hari tu (bersamaan 13 may 2011) yang berkesudahan pasukan GERGASI MERAH.tumbang di tusuk oleh PAHLAWAN MERAH dengan keadaan yang sangat memalukan..1-5 adalah jumlah jaringan yang agak besar nak di kirakan dengan game yang boleh dianggap game tumpuan.

Aku tak lah "declare" yang aku ni DIE HARD FAN sebab ada juga game yang aku terlepas (kalau kena keja outstation dengan away game yang jauh lah).tapi kalau game home di Shah Alam rasanya aku tak pernah tinggal lagi ke stadium walaupun aku tak masuk mana mana kumpulan penyokong yang ada kat malaysia ni..jadi aku rasa tak salah aku juga rasa hampa dengan kekalahan yang paling buruk dalam musim ni..

Yang tambah menyedihkan lagi pada 13 may 2011 hari tu adalah seorang hamba ALLAH kat sebelah aku yang tak henti henti memaki hamun pemain selangor..mula mula aku ingat yang aku tersalah duduk..mungkin aku duduk di tempat penyokong lawan..tapi bila aku toleh di sekeliling ternyata benar yang aku di tempat penyokong selangor..aku lihat hamba ALLAH itu juga memakai jersey pasukan selangor..jadi kenapa perlu maki hamun pemain kesayangan kita seolah olah pemain itu bermain untuk pasukan lawan?adakah bila menang sahaja baru nak kata "ya aku true fan selangor"?tapi bila kalah "ah tah apa apa lah selangor main.lepas ni baik aku sokong team lain" atau "baik aku layan EPL,LA LIGA,dan sebagainya" atau "Baik rm15 tu aku pergi makan ke atau buat benda lain lagi baik dari datang sini"atau "nasib aku tak pergi stadium tadi,kalau tak bazir rm15.baik layan Maharaja Lawak.lagi best"..ni lah dia namanya "penyokong setia".


Disebab kan ini lah pemain kita di keji.
(Kredit to:Fad).




senyum..tak perlu kata apa apa..walaupun kalah tapi masih mampu tersenyum
(kredit to:Ayu Halim)

Kadang kadang jauh aku hormat ULTRASEL.walaupun kadang kadang ada kedengaran orang gelak gelakkan geng geng ultras ni..sebab diorang ni bagi sokongan yang tak berbelah bagi untuk pasukan kesayangan diorang..diorang akan menyanyi sehingga tamat waktu perlawanan tanpa mengeji atau mengejek pemain pemain yang gagal menggunakan peluang dengan baik.itu baru boleh dikatakan TRUE SUPPORTER.
bukan dengan cara membaling objek dan mengeji pemain dengan kata kata yang tak sedap di dengar.bayangkan kalau anda seorang pemain dan anda dikeji sedemikian rupa.apa anda rasa?sakit hati kan...

Jadi kesimpulannya 13 may 2011 merupakan tarikh yang patutkan kita lupakan sebab 13 may ni bukan tarikh yang best untuk kita kenang.13 may 2011 Selangor tewas 1-5 kepada kelantan.Jadi,pengajaran yang kita dapat pada perlawanan tempoh hari ialah jangan kita caci pasukan kesayangan kita kerana kekalahan yang mereka alami.menang kalah adat pemainan..kecewa? ya..memang kita semua kecewa.aku percaya yang pemain dan juga seluruh kem selangor juga kecewa tapi tak perlu lah nak maki hamun ke tahap yang maximum.ada adik adik yang masih kecil di stadium..mungkin itu contoh yang kurang baik untuk mereka..

jadi lupakan apa yang berlaku,kita mesti pandang ke depan.ada 90minit lagi di Kota Bharu.walaupun mustahil tapi mungkin keajaiban akan berlaku di sana..jadi teruskan menyokong pasukan GERGASI MERAH kita.sebab tanpa kita mungkin selangor tidak di tahap ini..kalau kita gagal ke final Piala FA takpe..anggap je takde rezeki.kita masih ada Liga Super & Piala Malaysia yang boleh kita julang..maaf kalau aku ada tersilap kata ke apa ye..aku cuma luahkan apa yang aku rasa dan itu cuma pendapat aku..assalammualaikum

INGAT SIAPA LAGI NAK SUPPORT KALAU BUKAN KITA kan...

Monday 14 March 2011

Barang Baru...

Assalammualaikum semua..
tak sampai 24 jam aku post gambar baju ni aku dah post lagi benda lain..hehehe..bukan semangat tapi aku baru dapat barang baru..ni agak baik jugak lah (pada aku lah)...barang yang aku maksudkan tu ialah mafla SELANGOR . benda ni aku dapat malam tadi lepas aku post gambar tshirt tu..saiz agak besar dari mafla biasa.kalau perempuan mungkin boleh dijadikan shawl jugak.hehehe..macam biasa depan belakang juga tulisannya..tapi depan lain belakang lain..depan tulis SELANGOR. belakang tulis THE RED GIANT.ala ala epl lah jugak mafla dia.(aku agak-agaklah)hehehe..harga aku jual kat stadium shah alam rm15 je.tapi kalau nak suruh post boleh..macam baju jugak lah tambah rm5..ok lah cerita pun banyak tak guna.korang tengok lah sendiri ye..

ni bahagian belakang..

ni bahagian depan..

tu lah lebih kurang..kalau korang berminat macam biasalah boleh cari aku kat stadium shah alam masa ada game SELANGOR atau SMS je aku kat 017-3714731.nanti kita cerita ye..insyaalah tshirt,jersey dan juga mafla negeri lain dan jugak kelab lain akan datang..

ingat ye..SIAPA LAGI NAK SUPPORT KALAU BUKAN KITA kan..=)

Salam pengenalan

Assalammualaikum semua..

aku budak baru kat sni.saja nak try berniaga.harap-harap murah lah rezekikan..bukan apa aku nak mengisi masa lapang selain daripada support pasukan kegemaran aku merangkap kampung aku lah iaitu selangor..hehehehe

kat sini aku ada lah jual Tshirt Selangor.ada 2 warna..hitam dengan putih..maklumlah barang tak banyak lagi.insyaallah lepas ni ada lah banyak lagi design nak keluar selain daripada jersey kan..bukan taknak jual jersey terus tapi tshirt boleh pakai buat pergi office ke,rumah member kalau nak main PES 2011 ke atau apa-apa lah.kat sini ada cara macam mana beli.senang je korang boleh SMS kat aku saiz korang dengan apa warna yang korang nak.no aku 017-3714731.harga rm30 sehelai.kalau nak suruh aku pos boleh gak.tapi tambah rm5 lah..hehehe...kat sini aku letak gambar baju tuh..korang tengok lah ye..harap-harap korang suka..heheh
ni warna hitam.

ni warna putih

kalau korang rasa korang minat dengan baju ni jangan malu-malu,jangan segan-segan sms aku ye..oh lupa pulak,kalau korang nak beli cash aku ada kat stadium Shah Alam insyaallah setiap kali game RED GIANT home.boleh terus dapatkan kat situ ye..jumpa lagi dalam entri lain..mintak-mintak lepas ni ada design lain pulak ye..hehehe...terima kasih..

ingat,SIAPA LAGI NAK SUPPORT KALAU BUKAN KITA  kan..